Tuesday, March 28, 2017

Salam Perkenalan..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ,
-
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

-
Salam Sejahtera,😊😊
Alhamdulillah,setelah sekian lama nak buat blog.Akhirnya,terlaksana jua..:) Ni first entry kak Jar.Semoga semua yg membaca,dirahmati Allah dan diberkati selalu,diberi kesihatan yang berpanjangan dan rezeki yang x putus.Amin..😊😊
-
Yang permulaan sekali,kak jar nak berkongsi pengalaman pahit manis sebelum akak menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni.. X banyak mana pn,tp sekadar perkongsian,kerana mngkin pengalaman kita akan memberi inspirasi atau bimbingan kepada insan yg trtentu.Sharing is Caring kan? 😁😁


Bermula tahun 2008,kak jar mula menceburi bidang perhotelan,patutnya keje kat spital,bahagian katering dietition gteww..tp nak buat mcm mana,ht x ingin..lebih minat kt otel la katakan.. huhu..
Hotel pertama,Tanjong Jara Resort,kat Dungun Terengganu.. Nak upload gambar sndri x dpt,gambar yg lama habis hilang,hard disk rosak..:( terpaksala mintak ehsan abg Google...(sib bek dia ada...😌😌 )
Ihsan dari google


Ihsan dari google


Ihsan dari google

Hotelnya cantik,view memang superb,kuarters staff betul2 ngadap pantai,tdo malam beralunkan deruan ombak..perghh..memang best...tp....x lama pn kat sna..hampir stahun je.. Hbis kontrak,brenti..Pstu duk umah,tanam anggur...😰😰 .Ms tu,still hidup banyak main2 dr buat sesuatu yg brfaedah..X matangla katakan..almaklumla,22 taun baaaruu.. X pikirkan nak menyimpan,duit gaji banyak joli..
-
Setelah puas tanam anggur yang smpi sudah x de hasil,ermh..maka mengembara ke Kolumpo....ms ni memang mncbar,sbb konon nak brdikari sndri..hati pn sedikit degil,ma ayah nasihat x bape nak dgr. huhu...Jiwa remajaaa..paham2 jla.. Pastu keje kat Vistana Hotel,jalan Ipoh..
Ihsan dari google
X lama jgak kat situ,sbb keje part time je smpaila dpat offer interview kat Hotel Sheraton Imperial,Kuala Lumpur,kat medan Tuanku..
Ihsan dari google
Alhamdulillah,rezeki ad..dapatla keje kat situ..sebagai commis 3..Bahagian dapur...Dipendekkan cerita,pung pang pung pang,keje,balik,tdo,bangun,keje& seterusnya...tula rutinnya sampai dekat 5 tahun kat situ..pekerja yg berdedikasi..huhu.. smpaila saat membuat keputusan untuk berhenti,disebabkan keadaan kesihatan ma yang teruk ms tu.. Ad simpanan sikit,setelkan duit ansuran kete 2-3 bulan,duit asb dsbgainya...
-
Maka,balikla kg kt kelate..alhamdulillah,syukur setelah hampir setahun ubatkan ma,kesihatannya makin baik.. Org tua ni,bila anak ad dekat,makin bertambah semangatnya..Klu x,lemah je..Abah alhamdulillah,masih sihat..Ms tu x bekerja,duk umah je..bwak ma g klinik dan jg dia. Lps keadaan ma makin sihat,maka kami mula langkah unt berbisnes.. Ma akk ni ,beliau adalah seorang yg tekun,berdedikasi,tegas,penyanyang,kreatif dan bermacam2 lgla..Beliau mempunyai bakat yg luar biasa di dalam bidang kraftangan di mana,hampir setiap sentuhannya menghasilkan produk yang memukau dan menarik serta hidup.. Sygnya,bakat beliau x leh nak dicopy paste,melainkan duk berguru betul2..Tu pn klu ngam..Jadi,kami membuat keputusan unt membuka sebuah pusat latihan,yg diberi nama sbg Pusat Latihan Kemahiran SBY...Maka ia mula beroperasi pada Disember 2013 sampaila sekarang..Sape nak tau lebih lanjut psal Pusat Latihan Kemahiran SBY ni,bleh klik sini https://www.facebook.com/PusatLatihanKemahiranSBY/
-
Pusat Latihan Kemahiran SBY di Pasir Tumboh,Kelantan.
Banyak kursus kemahiran disediakan,ad banyak cabang jahitan,jahitan kreatif,modul baju kurung tradisional dan moden,sulaman reben dsbgainya..Blehla jenguk2 unt lebih info..
Da panjang lebar sgt asenya ni..:) nnt kak jar continue citer lagi eyh... 
Semoga baik-baik semuanya..Assalamualaikum...:)

No comments: