Assalamualaikum,
Semoga Jumaat kali ni membawa berkah kepada semua yang membaca,insyaAllah..:)
Perkongsian dan peringatan sesama umat Islam adalah seakan2 loceng yang sentiasa berbunyi untuk menyedarkan kita bahawa setiap saat di dalam hari2 yang kita lalui adalah tidak bermakna tanpa kita buat sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.Setiap ilmu yang ada di dada & pengetahuan yang kita perolehi melalui pembacaan dan pembelajaran WAJIB dan HARUS kita kongsi supaya ianya sentiasa dimanfaatkan dan tidak terputus amalannya..Wallahualam..
9 KEUTAMAAN HARI JUMAAT DALAM ISLAM YANG PERLU ANDA TAHU:
1.Hari Jumaat adalah hari yang terbaik:
2. Terdapat Waktu Mustajab untuk Berdo'a.
a. Imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat.
b. Pada akhir waktu Asar.
3. Sedekah pada hari Jumaat adalah lebih utama jika dibandingkan dengan sedekah pada hari-hari yang lain.
Ibnu Qayyim berkata: "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah pada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya".
Hadits dari Ka'ab menjelaskan: "Dan sedekah pada hari Jum'at lebih mulia dibanding hari-hari selainnya".(Mauquf Shahih)
4. Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga
.
Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; “Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”
5. Hari besar yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas z berkata : Rasulullah SAW bersabda:
"Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi ummat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jum'at hendaklah mandi terlebih dahulu."
(HR. Ibnu Majah)
6. Hari Meraih Pahala
.
7.Hari Dihapuskan Dosa
.
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya.
8.Hari Hidayah Daripada Allah SWT
Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.”
(HR Muslim r.a.)
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
Sumber:
No comments:
Post a Comment