Assalamualaikum,
Alhamdulillah,berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk update blog rini..
Jikalau kita adalah peniaga,amat penting untuk kita tau dan faham akan pentingnya niat di dalam permulaan sesuatu perniagaan.Adakah kita berniaga hanya semata-mata untuk raih keuntungan tanpa fikirkan apa kebaikan yang diperolehi oleh pelanggan kita atauu,kita berniaga adalah sebagai batu loncatan ke syurga? sama-sama kita renungkan...
"Innama a'malu bin niat"
Penjelasan hadits “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya"
Kak jar petik artikel di bawah dari blog muslim.or.id.(Link ada di pengakhir post) Maaf,kerana kak jar pn masih belajar untuk perbaiki diri..Sama2 kita manfaatkan ilmu..:)
-Kak jar translate ke bahasa melayu,kerana artikel dalam bahasa indonesia.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulullah s.a.w, kepada keluarganya, kepada para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari Kiamat, amma ba’du:
Berikut ini penjelasan hadits tentang niat. Semoga Allah menjadikan penulisan ini ikhlas kerana-Nya dan bermanfaat, Allahumma amin.
ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Amal itu tergantung pada niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Penjelasan:
Imam Bukhari menyebutkan hadits ini di awal kitab sahihnya sebagai mukadimah kitabnya, di sana tersirat bahawa setiap amal yang tidak diniatkan kerana mengharap untuk mendapatkan Redha Allah adalah sia-sia, tidak ada hasil sama sekali baik di dunia maupun di akhirat. Al Mundzir menyebutkan dari Ar Rabi’ bin Khutsaim, ia berkata, “Segala sesuatu yang tidak diniatkan mencari keredhaan Allah ‘Azza wa Jalla, maka akan sia-sia”.
Abu Abdillah rahimahullah berkata, “Tidak ada hadits-hadits Nabi s.a.w yang lebih banyak, kaya dan dalamnya faedah daripada hadits ini”.
Abdurrahman bin Mahdiy berkata, “Kalau seandainya saya menyusun kitab yang terdiri dari beberapa bab, tentu saya jadikan hadits Umar bin Al Khatthab yang menjelaskan bahawa amal tergantung pada niat ada dalam setiap bab”.
Majoriti ulama soleh berpendapat bahawa hadis ini sepertiga Islam. Mengapa demikian?
Menurut Imam Baihaqi, kerana tindakan seseorang hamba itu terjadi dengan hati, lisan dan anggota badannya, dan niat yang tempatnya di hati adalah salah satu dari tiga hal tersebut dan yang paling utama. Menurut Imam Ahmad adalah, kerana ilmu itu berdiri di atas tiga kaedah, di mana semua masalah kembali kepadanya,iaitu:
Pertama,
hadits “Innamal a’maalu bin niyyah”
(Sesungguhnya amal itu tergantung dengan niat).
Kedua,
hadits “Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amrunaa fahuwa radd”
(Barang siapa yang mengerjakan suatu amal yang tidak kami perintahkan, maka amal itu tertolak).
Ketiga,
hadits “Al Halaalu bayyin wal haraamu bayyin”
(Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas).”
Di samping itu, niat adalah tolok ukur suatu amalan; diterima atau tidaknya tergantung pada niat dan banyaknya pahala yang diperolehi atau sedikit pun tergantung pada niat. Niat adalah perkara hati yang urusannya sangat penting, seseorang dapat naik ke darjat shiddiqin dan boleh jatuh ke darjat yang paling bawah disebabkan oleh niatnya.
Kemudian Rasulullah s.a.w membuatkan perumpamaan terhadap kaedah ini dengan hijrah; iaitu barang siapa yang berhijrah dari negeri syirik mengharapkan pahala Allah, ingin bertemu Nabi s.a.w untuk menimba ilmu syari’at agar boleh mengamalkannya, maka membawa maksud ia berada di atas jalan Allah (fa hijratuhuu ilallah wa rasuulih), dan Allah akan memberikan balasan untuknya. Sebaliknya, barang siapa yang berhijrah dengan niat untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak mendapatkan pahala apa-apa, bahkan jika ke arah maksiat, ia akan mendapatkan dosa.
"Niat secara istilah adalah keinginan seseorang untuk mengerjakan sesuatu, tempatnya di hati bukan di lisan. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan melafazkan niat, seperti ketika hendak shalat, hendak wudhu, hendak mandi, dsb."
Menurut para fuqaha’ (ahli fiqh), niat memiliki dua makna:
- Tamyiiz (perbezaan), perkara ini terbahagi kepada 2:
- Perbezaan antara ibadah yang satu dengan yang lainnya. Misalnya antara solat fardhu dengan solat sunat, solat Zohor dengan solat Asar, puasa wajib dengan puasa sunnah dan seterusnya.
- Perbezaan antara kebiasaan dengan ibadah. Misalnya mandi kerana hendak mendinginkan badan dengan mandi wajib,junub & seterusnya, menahan diri dari makan untuk kesembuhan serta menahan diri kerana puasa.
- Qasd (meniatkan suatu amal “kerana apa?” atau “kerana siapa?”)
Maksudnya: Apakah suatu amal ditujukan kerana mengharap redha Allah Ta’ala saja (ikhlas) atau kerana lainnya? Atau adakah ia mengerjakannya kerana Allah, dan kerana lainnya juga atau tidak?
Hukum niat
Niat adalah syarat sahnya amal. Ibnu Hajar Al ‘Asqalaaniy berkata,
“Para fuqaha (ahli fiqh) berselisih apakah niat itu RUKUN (masuk ke dalam suatu perbuatan) ataukah hanya syarat (di luar suatu perbuatan)? Yang kuat adalah bahawa menghadirkan niat di awal suatu perbuatan adalah rukun.
“Para fuqaha (ahli fiqh) berselisih apakah niat itu RUKUN (masuk ke dalam suatu perbuatan) ataukah hanya syarat (di luar suatu perbuatan)? Yang kuat adalah bahawa menghadirkan niat di awal suatu perbuatan adalah rukun.
Lebih penjelasan: Rukun ertinya sebahagian dari suatu perbuatan dan jika tidak dikerjakan maka tidak sah perbuatan itu, sedangkan syarat bukan sebahagian dari suatu perbuatan. Kedua-duanya (rukun dan syarat) adalah penentu sah-tidaknya suatu perbuatan.
Sedangkan, istsh-hab hukm / menggandingkan dengan suatu perbuatan (tidak berniat yang lain atau memutuskannya) adalah syarat."
Lebih Penjelasan:Misalnya seseorang hendak solat, ketika ia bertakbir dan mula solat ia tidak boleh berniat untuk memutuskan solatnya, kalau berniat begitu maka batal solatnya.
Pendapat ulama soleh tentang pentingnya niat dan pentingnya mempelajari niat:
Yahya bin Katsir berkata, “Pelajarilah niat, kerana niat itu lebih cepat sampai daripada amal”.
Abdullah bin Abi Jamrah berkata, “Aku ingin kalau seandainya di antara fuqaha (ahli fiqh), ada yang pengkhususannya hanya mengajarkan kepada orang-orang niat mereka dalam mengerjakan suatu amal dan hanya duduk mengajarkan masalah niat saja”.
Sufyan Ats Tsauriy berkata, “Dahulu orang-orang mempelajari niat sebagaimana kalian mempelajari amal”.
Sebagaimana dikatakan oleh Yahya bin Katsir di atas bahawa niat lebih cepat sampai daripada amal, oleh kerana itu Abu Bakr Ash Shiddiq radhiyallahu ‘anhu dapat memenangi orang-orang Khawarij (kelompok yang keluar dari barisan kaum muslimin dan menghukum kafir yang melakukan dosa besar) dalam hal ibadah kerana niatnya, di samping itu amalan yang kecil akan menjadi besar kerana niatnya. Sehingga dikatakan, “Memang Abu Bakr Ash Shiddiq dan sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dikalahkan ibadahnya oleh Khawarij, tetapi para sahabat memenangi mereka kerana niatnya”. Ibnu Hazm mengatakan, “Niat itu adalah rahsia suatu ibadah dan ruhnya”.
Apa maksud sabda Nabi s.a.w “Amal itu tergantung niat?”
Maksudnya adalah sahnya suatu amal dan sempurnanya hanyalah tergantung benarnya niat. Oleh kerana itu apabila niat itu benar dan ikhlas kerana Allah Subhaanahu wa Ta’aala maka akan sah pula suatu amal dan akan diterima dengan izin Allah Ta’ala. Atau boleh juga maksudnya adalah baiknya suatu amal atau buruknya, diterima atau ditolaknya, mubah (boleh dikerjakan atau boleh juga ditinggalkan) atau haramnya tergantung pada niat.
Apa maksud sabda Nabi s.a.w
“Dan seseorang hanya mendapatkan apa yang diniatkannya?”
Maksudnya : Seseorang mendapat pahala atau dosa terhadap amalnya tergantung pada niatnya, apabila niatnya baik maka akan diberi pahala, sebaliknya jika tidak baik maka akan mendapat dosa.
No comments:
Post a Comment