Friday, April 14, 2017

KEUTAMAAN BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH S.A.W D HARI JUMAAT

Assalamualaikum,
Salah satu amalan yang sangat-sangat digalakkan pada hari Jumaat ialah memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW.Ada banyak hadith yang menerangkan tentang keutamaan-keutamaan dan kelebihan-kelebihan berselawat ini.
Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Qur’an yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(QS. 33:56)

Berikut adalah antara hadith-hadith Nabi yang menerangkan keutamaan berselawat:
Dari Anas bin Malik r.a , bahawa Nabi s.a.w bersabda ; “Barang siapa berselawat atasku satu kali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, menghapus darinya sepuluh keburukan, dan mengangkatnya sebanyak sepuluh darjat.”
(HR Ahmad, an-Nasai dan di shahihkan oleh al-Albani).

Dari Abdullah bin Amr bin Ashz ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ; “Apabila kamu mendengarkan muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang ia ucapkan, kemudian berselawatlah kepadaku kerana barang siapa yang berselawat atasku sekali saja, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah untukku al-Wasilah, sesungguhnya ia adalah kedudukan di Syurga yang tidak layak kecuali hanya untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Dan aku berharap agar hamba tersebut adalah aku, barang siapa yang meminta kepada Allah al-Wasilah untukku, maka berhak atasnya syafaat.”
(HR. Muslim)

Dari Abu Darda’zia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w;
“Perbanyaklah selawat atasku pada Hari Jumaat kerana ia disaksikan, dan para malaikat pun menyaksikan. Dan sungguh tidaklah seseorang berselawat atasku, kecuali akan diperlihatkan kepadaku selawatnya hingga ia selesai darinya.” 

Dia mengatakan,Aku berkata, "Dan juga setelah meninggal dunia? Nabi menjawab, ”Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.”(HR Ibnu Majah dan al-Mundziri menyatakan jayyid)

Dari Aus bin Auszia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Termasuk hari-hari kalian yang utama adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, pada hari itu ditiup sangkakala dan terjadi suara kuat yang mematikan. Maka perbanyak-lah selawat atasku pada hari itu, sesungguhnya selawat kalian diperlihatkan kepadaku”
(HR. Ahmad dan Abu Dawud, dishahihkan oleh al-Albani)

Dari Abu Umamahzdia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda ;
“Perbanyaklah selawat kepadaku pada Hari Jumaat, karena selawat dari umatku diperlihatkan pada tiap-tiap Hari Jumaat. Barang siapa yang lebih banyak selawatnya kepadaku maka ia lebih dekat kedudukannya dariku.”
(HR. al-Baihaqi dihasankan oleh al-Albani).

Dari Abu Hurairahzia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda ;
“Sungguh rugi seseorang yang disebutkan diriku disisinya namun tidak berselawat atasku.”

(HR. At-Tirmidzi, berkata al-Albani hasan shahih)

Dari Ibnu Abbasz berkata,Telah bersabda Rasulullah s.a.w ;
“Barang siapa melupakan (meninggalkan) selawat terhadapku maka akan tersalah dia dari jalan surga.”
(HR. Ibnu Majah dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits lain)

Dari Husain Radhiallaahu anhu, dari Nabi s.a.w bersabda ;
“Orang bakhil adalah orang yang diriku disebut di sisinya namun tidak berselawat kepadaku.”
(HR. An-Nasai di sha-hihkan oleh al-Albani)

Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata ;
"Wahai Rasulullah, sungguh aku akan memperbanyakkan selawat atasmu, maka seberapa banyak kujadikan do'aku untuk berselawat kepadamu?" Beliau menjawab, “Sekehendakmu” ,Baginda s.a.w bekata, Aku mengatakan, “Apakah seperempatnya?” Beliau menjawab, “Terserah kamu, dan jika engkau menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku berkata, "Apakah separuhnya?” Rasulullah s.a.w menjawab, "Terserah kamu, dan jika kamu menambah, maka itu lebih baik bagimu.” Aku lalu berkata, “Apakah dua per tiganya?” Nabi s.a.w menjawab, “Terserah kamu dan jika kamu menambahnya, maka itu lebih baik bagimu.” Aku berkata, ”Apakah aku berselawat kepadamu sepanjang hariku?”


Baginda s.a.w bersabda,
“Kini telah cukup keinginan dan kesungguhanmu dan Allah mengampuni dosa-dosamu.”
(HR. Ahmad dan at-Tirmidzi, ia mengatakan hadits hasan shahih, dan al-Albani menyetujuinya).

Dari ‘Amir bin Rubai’ahzia berkata ; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w berkhutbah dan bersabda,
“Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, maka malaikat senantiasa berselawat kepadanya selagi ia masih berselawat kepadaku. Maka seorang hamba boleh menyedikitkan atau memperbanyaknya.”

Dari Aliz ia berkata,
“Setiap do’a terhalang, sehingga diucapkan selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.”
(riwayat ath-Thabrani dan dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain)

Dari Umar bin Khaththabz secara mauquf ;
”Sesungguhnya do’a terhenti di antara langit dan bumi, ia tidak naik sama sekali, sehingga disampaikan selawat kepada Nabimu s.a.w.” 
(Riwayat at-Tirmidzi dishahihkan oleh al-Albani dengan hadits yang lain).


Lihatlah begitu banyak hadith yang memperkatakan tentang keutamaan berselawat terutamanya pada hari Jumaat. Maka apakah tindakan kita setelah mengetahui tentang hadith-hadith ini? Banyak mana kita berselawat dalam sehari?

Berikut ini pula Kak Jar senaraikan beberapa faedah, fadhilat atau kebaikan kita berselawat atas Nabi s.a.w. 


Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitab “jala’ul afham” menyebutkan ada lebih kurang empat puluh fadhilat berselawat atas Nabi s.a.w , di antaranya ialah :

1) Mematuhi perintah Allah dengan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

2) Mengikuti para malaikat yang juga berselawat ke atas Nabi s.a.w.
3)Orang yang mengucapkan satu selawat kepada Nabi s.a.w maka Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepukul kali.

4)Pelakunya akan diangkat sebanyak sepuluh darjat, ditulis untuknya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh keburukan.


5)Apabila dibaca sebelum memanjatkan do’a, maka akan mempermudahkan sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah.

6)Untuk mendapatkan syafa’at dari Allah s.w.t.

7)Diampuninya dosa-dosa bagi orang2 yang kerap berselawat ke atas Rasullullah s.a.w.

6)Allah memberikan kecukupan bagi keperluan seseorang hamba.

8)Selawat akan mendekatkan kedudukan seseorang hamba dengan Nabi s.a.w pada Hari Kiamat kelak.

9)Selawat bersamaan dengan sedekah kepada orang yang kesusahan.

10)Selawat merupakan salah satu penyebab termakbulnya sesuatu hajat.

11)Dengan berselawat kepada Nabi s.a.w , maka Allah dan para malaikat juga akan berselawat ke atasnya.

12)Merupakan pembersih dan penyucian jiwa bagi orang yang melakukannya.

13)Terbebasnya seseorang dari huru-hara pada Hari Kiamat.

14)Nabi s.a.w akan membalas selawat dan salam kepada orang yang mengucapkannya terhadap beliau.

15)Jika diucapkan,ianya memudahkan untuk mengingati sesuatu perkara yang kita terlupakan.
16)Memudahkan kelancaran sesuatu majlis serta mengelakkan sebarang kemungkinan buruk berlaku di dalam majlis yang tidak disebut di dalamnya nama Allah.

17)Dengan kerap berselawat kepada Nabi s.a.w, boleh mengelakkan kefakiran.


18)Menghilangkan sifat bakhil pada seseorang hamba.

19)Membimbing hamba yang kerap berselawat,untuk menuju jalan ke Syurga.

20)Bagi yang kerap berselawat,maka akan terpancarnya cahaya pada dirinya, ketika melewati ash-Shirath (jambatan di Hari Kiamat).

21)Membebaskan seseorang dari tabiat buruk dan kasar.

22)Mendapat keberkatan dari Allah terhadap diri, amal dan umur seseorang yang mengucapkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.


23) Menambahkan perasaan untuk mencintai Rasulullah dan bahkan akan selalu bertambah cintanya.

24)Memudahkan seseorang hamba untuk mendapat hidayah dan menghidupkan hati.
Banyak sungguh kelebihan dan fadhilat berselawat atas Nabi SAW ni kan? Sekarang, cuba tanya pada diri sendiri, berapa kaaalikah kita berselawat ke atas Nabi dalam 1 hari? 100 kali? 50 kali? 10 kali? Atau 1 kali pun kita susah nak berselawat? ... Renung2 kan....

Sumber : Kutaib, “Fahlail wa Tsamarat ash-Shalih ‘an Nabi saw,” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.